KELEBIHAN MEMILIH MAKANAN DARI TANAMAN ORGANIK

Kebaikan makanan organik:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran organik dapat meningkatkan metabolisma tubuh kerana tidak mengandungi bahan kimia racun serangga.

  • Mendapat manfaat antibiotik secara menyeluruh serta membantu pertumbuhan hormon.

  • Mengurangkan kemungkinan mengambil zat beracun daripada makanan yang menyebabkan punca kepada masalah kesihatan seperti kanser dan peningkatan berat badan.

  • Diet makanan organik secara rutin mengurangkan paras xenoestrogens dalam tubuh dan penurunan hormon estrogen. Dengan beralih kepada makanan organik, ia menjadi cara terbaik mengembalikan keseimbangan hormon sekalipun masalah kesihatan berkaitan hormon.
Pilih makanan organik:

  • Pilih sayur-sayuran, buah-buahan atau daging segar yang tidak mengandungi pengawet.

  • Untuk memastikan bahan itu adalah organik, periksa label yang jelas.

  • Sebelum dimasak, bersihkan sayur atau buah-buahan dengan air mengalir beberapa kali agar terhindar daripada telur ulat.

  • Rebus sayuran dengan suhu mencukupi. Suhu yang tinggi dapat mematikan telur atau bakteria yang terdapat pada sayuran.

  • Bagi yang ingin mengambil makanan organik tetapi bimbang pada harga yang mahal, anda boleh mula menanam sayur atau buah organik sendiri di rumah misalnya di halaman atau pasu. Jika ingin makan ayam, pilih ayam kampung kerana ayam kampung bebas daripada ubat-ubatan.